Ketenangan Jiwa
Baik
sangka dan tawakal kepada Allah menenangkan jiwa,berakhlak luhur
disenangi oleh Allah dan manusia, mengikut nafsu menjadikan fikiran
tidak menentu,jiwa menderita selalu.
Ketika kita senang, mudah sahaja kita berkata "tidak". Tapi, bila kesusahan itu melanda diri kita, disitu baru kita mahu berkata "tolonglah".
Bila keperitan itu datang, kita mengeluh pada Allah. Bila ketika iman
tidak kuat, rasa marah akan datang lalu membenci qada dan qadar dari
Allah....teruknya kita ya..
Meronta-ronta kita dibuatnya. Segalanya rasa macam nak marah kepada benda yang terjadi sebab kemahuan kita tidak ditunaikan.
Pabila orang lain menasihati agar kembali kepada Allah, kita menolaknya
bulat-bulat dan memberi bermacam alasan ..kita ego ..kadang2 kita
kata"kau tak kena ..boleh lah cakap..cuba kena kat kau"...sombongnya
kita.
Kemudian kita menjadi hampa dan menangis kerana kita tak tahu apa nak
buat. Kita mahukan keinginan kita dimakbulkan tetapi kita sendiri enggan
bergantung dan memohon pada Allah.
INGATLAH, Allah itu Maha Adil kepada kita semua ..Allah tu maha pemberi ..Allah tu sangat penyayang..
Yakinlah bahawa Allah itu sangat menyayangi kita semua. Setiap doa kita
semuanya pasti didengari olehNya....jadi kenalah kita doa sungguh..kita
ikut perintah dia sungguh..jangan sambil lewa dan macam nak tak nak
..atau macam terpaksa saja...Dia pencipta kita, kepadaNya kita kembali.
KepadaNya tempat kita bergantung.
Setiap kesusahan insan pasti ada kesenangan disampingnya.
Cuba kita fikir sejenak, kalau kita terkena kesusahan sekarang, kita yakin ke pada masa hadapan kita terus dalam kesusahan?
Kadang-kadang kita yang lebih BERLAGAK dihadapan ALLAH..macam kita tahu
yang kita akan susah selamanya ..macam kita tahu apa yang akan terjadi
pada kita..macam kita tahu kita akan di beri penderitaan
selamanya...salah tu ..kita seakan mendahului Allah jika ada rasa macam
tu ..kena buang jauh ...Kalau sikap kita macam tu ..ubahlah ..memohon
ampun lah pada Allah ..hentikan ya..kita baiki diri ya kawan ...semua
orang ada silap ..tapi kita boleh ubah ..mari kawan2 ya..
Allah menyuruh kita supaya terus dan menerus BERDOA kepadaNya segala
hajat kita...ikut lah adab berdoa ...doa dengan sungguh ..sambil
menangis ..sambil merintih..insyaallah...Allah bantu ..selalu lah
berbaik sangka dengan Allah ya.
Walau kita menyembunyikan perasaan kita di hadapan orang, tapi Allah
tahu apa yang ada dihati kita.Walau kita menangis bersendirian tanpa
orang disisi, tapi Allah sentiasa bersama mu.
Tiada siapapun yang mampu tahu keperitan kita di hati selain Allah.Tiada
siapapun yang mampu memberikan kasih sayang yang paling sempurna selain
Allah.
Bahkan, Allah lebih mengerti apa yang hatimu mahukan.
Segalanya, pasti amat bererti di hati kita jika kita sedar bahawa semua
yang kita perolehi sekarang ialah datang dari kasih sayang Allah.
Renungkanlah.. kita yang lemah sebenarnya..kita yang lalai ..kita yang
sombong ..kita yang selalu menyalahkan takdir ...kita yang ego ..kita
yang malas berdoa...kita kena bangun ..kita kena ubah ..now or never...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar