Hassan
al basri sewaktu remajanya,adalah seorang bangsawan yg mewh dan suka
berfoya2. Suatu hari ketika berjalan2 di kota Basrah, dia terpandang
seorang perempuan cantik dgn sepasang mata yg sangt menarik. Datanglah
rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik
itu.
Perempuan itu sedar ada org mengekorinya,lalu menoleh kepadanya; “Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?”
Hassan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. “nak malu pada siapa?Bukan ada org melihat.” katanya.
“sekalipun pd Allah yang Maha Mengetahui khinatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada,” kata peremouan itu.
Hassan
terkedu mendengarnya ttp kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap
mengekori perempuan itu. “mengapa tuan masih mengikuti saya?”
“saya tertarik dgn dua matamu yang cantik”
“baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu” kata perempuan itu.
hassan
punmenunggu dgn rasa berdebar2. Tidak lama kemudian, datang seorang
pembantu peremuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut saputangan. ”
Tuan , ini tuan saya kirimkan untuk tuan.”
Dgn
rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya
apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.
“Perempuan
yg tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu
memiliki mata yang membawa fitnah atas orang laki2. Dia mengrirm mata
ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambilah
tuan.” Menggigil tubuh Hassan Basri dgn peristiwa menyayat hati ini.
semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.
keesokkan
harinya,Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf
tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu talah meninggal kerana
terlalu sedih akan dosanya.
Terketar2
Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia
selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan
telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang dudk di taman syurga.
“Wahai
tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak
senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnyaduduk mulia di
hadapan Allah.”
Jawab Hassan ” Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agr saya menjadi orang soleh.”
“Bertaubatlah
waktu tuan sedang bersindirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH
dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang beritighfarlah.”
Hassan
Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai
wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memilki budi pekerti yang
mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman.
Takut dgn murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa
fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah ayat ALLAH…tundukkanlah pandanganmu
terhadap yang bukn muhrim kerana sering berlku “panahan syaitan” di
mata.
….wanita
itu fitnah bagi kaum lelaki…berapa ramai lelaki yang ke neraka kerana
fitnah seorang wanita….seorang lelaki yg jahil boleh bertukar menjadi
seorang yang soleh kerana seorang wanita…dan begitu juga seorang hamba
yang ‘abid juga boleh bertukar kepada seburuk2 manusia kerana seorang
manusia bernama wanita… takutlah kamu pada ALLAH…InNi AkhafuLah….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar