Selasa, 25 Juli 2017

RENUNGA INI PAGI

☝Bismillah.
Sahabat Dumay dan saudara seiman yang dikasihi kerana Allah.🌻

💿Rasulullah shallallahu'alaihi wasalam cukup bimbang kepada umatnya yang suka menunda-nunda atau melengah-lengahkan amal-amal sholeh kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.

⚠Ingatlah! ....
Masa berjalan terus, ia tidak menunggu kesiapa, dunia sentiasa berubah dan fitnah-fitnah yang dibawa oleh syaitan dan Iblis dan didorong oleh hawa nafsu serta syaitan berupa manusia itu akan muncul terus dan mengoda manusia.

☝Peringatan yang telah disampaikan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِى كَافِرًا أَوْ يُمْسِى مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا

“Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah, seperti potongan-potongan malam yang gelap gulita. Seseorang paginya beriman, namun petangnya menjadi kafir⚡. Atau seseorang yang petangnya masih beriman, namun paginya telah kafir⚡.
Dia menjual agamanya dengan tujuan-tujuan dunia.”

📚(HR:Muslim)

🌹Sahabat Dumay semua yang dikasihi kerana Allah... Janganlah ditangguh-tangguhkan untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Kerana kita tidak mengetahui bahawa kemungkinan ia akan menjadi korban fitnah, yang menyebabkan dirinya berubah dari Mukmin menjadi kafir, dari seorang hamba yang taat menjadi ahli maksiat dan durhaka kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.

Berkemungkinan ia sedang beramal dengan amalan ahli Syurga dan jaraknya hanya tinggal sehasta, tiba-tiba datang gangguan, cubaan dan fitnah maka ia pun beramal dengan amal ahli Neraka yang dibawa oleh syathan yang berbentuk jin atau manusia dan akhirnya mengamalkan amalan yang menyebabkan masuk kesana. Nauzubillah!

Sahabat Dumay seimanku... mulakan lah hari kita dengan kebaikan. Dan teruskan dengan kebaikan . Dan usahakan dengan permulan, petengahan hari sehingga kita tidur kembali dengan kebaikkan.

🔺Hindari unsur2 keburukan disekeliling kita. Kerana syathan dan bala tenteranya tidak akan suka kita dalam kebaikan. ⚠Waspada lah dengan tentera syaithan yang disekitar kita. Wallahu'alam.

Barakallahu fik.

Tidak ada komentar: