Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
2.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
3. Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
4. Nilai hidup harus diukur dengan
garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley
Sheridan
5. Kamu dapat mengenal lebih banyak
tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
jawapan-jawapannya. – Voltaire
6. Setiap orang dapat mencapai
kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang
dilakukan.
7. Lebih baik tidur dengan perut yang
lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
8. Jagalah dirimu baik-baik,
usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa
tetapi kesempurnaan budi dan adab.
9. Masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang. – Samuel Johnson
10. Seseorang yang jujur diterima
ucapannya oleh musuh.
11. Pengecut mati banyak kali sebelum
kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
12. Hidup biarlah berbakti, walaupun
tidak dipuji…
13. Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
14. Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
15. Dalam kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.
16. Jika keadilan ditegakkan,
keberanian tidak diperlukan lagi.
17. Barangsiapa menyebarluaskan
berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
18. Tidak ada manusia yang hidup
untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
19. Orang yang sibuk selalunya nampak
bising, orang bekerja diam diam sahaja.
20. Apabila engkau telah berazam,
maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
21. Kekuatan tidak datang dari
kemampuan fisikal,tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar